Thursday, 28 June 2012

Penjara Pudu

Penjara Pudu siap dibina 1985 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.


Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).




Tembok Penjara Pudu siap dibina 1892


Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat ?Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.


Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital".Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.




Bangunan asal dapur Penjara Pudu yang menyerupai "pauper hospital"

Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.




Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.
Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.




Penempatan utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891


Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960,seramai 180 pesalah menjalani hukuman disisni.

Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.

Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.


Bilik penempatan yang menjadi saksi pada tahun 1985 banduan terpaksa tidur bergilir-gilir kerana kesesakan.


Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri.
Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan.


Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.


Mural sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 yang menghiasi tembok Penjara Pudu merupakan yang terpanjang di dunia.




Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.


Kepesatan pembangunan sekeliling penjara bersejarah ini memaksa ianya ditutup buat selamanya.

Dadah



Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris, perkataan drug bermaksud ubat-ubatan. Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan . Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka .

Jenis-Jenis Dadah

  1. Heroin
  2. Morfin
  3. Candu
  4. Ganja 
  5. Syabu
  6. Ecstacy
  7. Ketamin

Antara kesan - kesannya

  1. Merosakkan sistem saraf otak 
  2. Jangkitan HIV/AIDS
  3. Peningkatan gejala sosial dan jenayah

Langkah mengatasinya

  1. Kempen
  2. Pendidikan
  3. Gaya hidup yang sihat
  4. Didikan agama

Antara artikel akhbar

Antara artikel akhbar





           












      

Tuesday, 26 June 2012

Jerebu


Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


Punca-Punca Jerebu


Letupan gunung berapi



Kebakaran hutan

Perindustiran

Pembakaran terbuka


Asap kenderaan


Taj Mahal Story



The history of Taj Mahal dates back to the Mughal Era in India between 16th & 19th. The construction of this masterpiece is credited to the Mughal emperor Shah Jahan, who erected this mausoleum in the memory of his beloved mistress, Arjumand Bano Begum, popularly known as Mumtaz Mahal, who died in 1630 AD.

Mumtaz Mahal's last wish to her husband was "to build a tomb in her memory such as the world had never seen before". Thus emperor Shah Jahan set about building this fairytale like marvel. Mumtaz Mahal died, after delivering her fourteenth child "Gauharar". While Mumtaz was on her deathbed Shahjahan had promised her, never to remarry and to build the richest mausoleum over her grave. The body was temporarily buried in the Zainabadi Garden in Burhanpur and in six months time removed to Agra. He decided to build the mausoleum in a plot on the riverside. The work on the tomb started with thousands of artisans and labourers.

Shahjahan requested Raja Jai Singh to immediately and constantly supply the Makrana marble for the tomb. To carry huge marble slabs to the top, an inclined two and a half mile long road ramp was built. The construction materials were brought in from all over India and central Asia and it took a fleet of 1000 elephants to transport it to the construction site. The central dome of the tomb is 187 feet high at the centre. Red sandstone was brought from Fatehpur Sikri, Jasper from Punjab, Jade and Crystal from China, Turquoise from Tibet, Lapis Lazuli and Sapphire from Sri Lanka, Coal and Cornelian from Arabia and diamonds from Panna. In all 28 kind of semi precious and precious stones were used for inlay work in the Taj Mahal. The main building material, the white marble was brought from the quarries of Makrana, in distt. Nagaur, Rajasthan. In almost six years the main edifice of the tomb was complete.

Ustad Ahmad Lahori was the chief architect of the project. For twenty two years, twenty thousand workmen were employed on the construction of the Taj daily. A small town called Mumtazabad, now known as Taj Ganj, was settled for the accommodation of the workers on the site. Amanat Khan Shirazi was the calligrapher of Taj Mahal. Poet Ghyasuddin had designed the verses on the tombstone and Ismail Khan Afridi of Turkey was the dome maker. Muhammad Hanif was the superintendent of Masons.

Humayun's Tomb and the tomb of Abdul Rahim Khan-i-Khana in Delhi, Akbar's tomb at Sikandara and the tomb of Itmad-ud-Daula at Agra, built by Nurjahan for her father had served as model for the Taj Mahal. The dome-topped structure raised on a high platform and the grand pietra dura decoration and exquisitely coloured hard precious stones infixed into the white marble were an inspiration for Shahjahan. The lyrical rhythm of the floral motifs had an awesome beauty, which the Taj greatly copied from the tomb of Itmad-ud-Daula. The expenses in the construction of Taj was worked out to be 50 lakhs on those days.

Father Manrique in 1641 advanced the claim of the Italian jeweler Geronimo Veroneo as the architect of the Taj, not willing to allow the native artisans all the credit for this excellent work. But the claim made by him was never be proved, hence remained a legend only.

Even after more than three centuries have passed, the Taj is seen by millions of tourists every year. Taj Mahal is best described by the English poet, Sir Edwin Arnold, as "Not a piece of architecture, as other buildings are, but the proud passions of an emperor's love wrought in living stones."

Thursday, 21 June 2012

Sukan Olimpik










Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya “Games of the XXX Olympiad” (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julai - 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948.

London dipilih sebagai tuan rumah pada 6 Julai 2005 dalam Sesi IOC ke-117 di Singapura. London muncul sebagai pemenang proses pembidaan walaupun menghadapi persaingan yang kuat dengan bandar-bandar calon yang lain, terutamanya Perancis.  



Logo Olimpik 2012



Maskot  Ollimpik 2012




KURANG SEBULAN LAGI..........................................................OLIMPIK LONDON 2012





Wednesday, 20 June 2012

Kad pengenalan

SEJARAH

1895 - Sebelum tahun 1895, Persekutuan Tanah Melayu beroperasi secara berasingan, sehinggalah satu undang-undang digubal supaya pengasingan dibuat untuk undang-undang berkaitan dengan pendaftaran kelahiran, kematian, pengebumian, perkahwinan dan perceraian. Pada tahun 1895, ianya beroperasi di bawah Majlis Persekutuan.

Rekod-rekod kelahiran dan kematian yang telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia masih lagi dipelihara sejak hampir 150 tahun yang lalu.

Dalam tahun 1948, kad pengenalan pertama telah dikeluarkan semasa waktu darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran). Peraturan-peraturan 1948 telah diperluaskan melalui Ordinan Darurat 1948.

Kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada 2 Ogos 1960.Urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan pada awalnya diletakkan di bawah kerajaan negeri sehingga undang-undang persekutuan dibentuk untuk memberikan perkhidmatan kepada orang awam mengenai perkara-perkara berkaitan pendaftaran. Jabatan Pendaftaran Negara Tanah Melayu telah dibentuk untuk mentadbir akta untuk Parlimen sehingga ke hari ini.


Proses menyalut kad pengenalan lama(tahun 1961)
Orang ramai beratur untuk menukar kad pengenalan kertas  ke kad  pengenalan plastik (tahun 1961)
Sijil warganegara yang pertama kali dikeluarkan oleh (tahun 1964)

Y T M Tunku Abdul Rahman mengambil cap jari untuk permohonan kad pengenlan (tahun 1961)


Kad pengenalan plastik pertama bernombor  0000001 dimiliki oleh Y T M  Tunku  Abdul  Rahman


Contoh kad pengenaln lama sampai baru


Contoh kad pengenalan yang terbaru (tahun 2012) 

Monday, 18 June 2012

Konsep 1 Malaysia

Keterangan logo 1 Malaysia.......

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama,
bermuafakat,berdikari,berfikir,dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Konsep ini diperkenalkan oleh PM,YAB Dato'Seri Najib Tun Abdul Razak...........untuk


1) mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan

    pencapaian yang berpaksikan keutamaan rakyat



2) 8 nilai:  










Tuesday, 12 June 2012

myMetro | Luka lama terubat

LUKA lama dipendam akhirnya sedikit terubat apabila skuad kebangsaan menumpaskan Singapura 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa malam tadi bagi menamatkan badi lapan tahun tanpa kemenangan ke atas musuh tradisi itu.

Biarpun tidak mampu mengatasi kekecewaan kekalahan timbal balik 6-4 pada aksi kelayakan Piala Dunia pada Julai tahun lalu, jaringan Ahmad Shakir Ali dan Mohd Safiq Rahim sekurang-kurangnya menjadi tonik terbaik buat anak buah Datuk K Rajagobal untuk terus positif dalam misi mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini.

Kemenangan ke atas Singapura yang beraksi dengan 10 pemain selepas Mustafic Fahrudin menerima kad merah di babak kedua adalah yang pertama buat Malaysia dalam 10 pertemuan sejak menumpaskan skuad Singa itu 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Cheras, pada 12 Julai 2004.

Sedikit rombakan dilakukan dalam skuad negara selepas seri 2-2 pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Jumaat lalu dengan menurunkan Azamuddin Mohd Akil, Amiridzwan Taj Tajudin dan Shakir bagi mengisi posisi Shahurain Abu Samah, Mohd Azmi Muslim dan Mohd Safee Sali.




BUKTI...Safiq (no 8) menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang melepasi benteng pertahanan Singapura.
BUKTI...Safiq (no 8) menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang melepasi benteng pertahanan Singapura. 

Beraksi di Stadium Shah Alam, Harimau Malaya tampil agresif dengan melancarkan serangan awal ke kubu Singapura.

Malaysia hampir di depan, namun lambungan Norshahrul Idlan Talaha sekadar melepasi palang gol selepas melakukan hantaran 1-2 dengan kapten, Safiq.
Saat yang dinantikan lebih 20,000 penyokong Malaysia hadir di minit ke-18 apabila Norshahrul yang bergerak di sebelah kiri membuat hantaran kepada Shakir yang bijak menanduk ke belakang yang menewaskan penjaga gol Singapura, Mohamed Hyrulnizam Juma’at.

Satu-satunya percubaan bahaya skuad Singa kendalian jurulatih Serbia, Radojko Avramovic dicipta penyerang berusia 41 tahun, Aleksandar Duric di minit ke-21, namun Khairul Fahmi Che Mat pantas menyelamatkan keadaan.

Malaysia hampir menambah jaringan selepas Azamuddin menyepak masuk bola hasil sepakan sudut, namun pengadil dari Thailand, Teetichai membatalkan jaringan itu atas kesalahan dilakukan pemain Malaysia dalam kotak penalti.

Skuad negara menambah gol kedua pada minit ke-62 selepas Safiq sekali lagi membuktikan status sebagai pakar sepakan percuma dengan rembatan deras yang menerjah ke gawang seperti dilakukannya ketika aksi pertama di Kota Singa.

Keadaan Singapura semakin tertekan selepas terjahan keras Mustafic ke atas Norshahrul membawa padah apabila dia dilayangkan kad merah oleh Teetichai di minit ke-67.

Biarpun beraksi dengan 10 pemain, pasukan pelawat ampuh bertahan untuk kedudukan 2-0 memihak kepada Malaysia.


myMetro | Luka lama terubat