Wednesday, 20 June 2012

Kad pengenalan

SEJARAH

1895 - Sebelum tahun 1895, Persekutuan Tanah Melayu beroperasi secara berasingan, sehinggalah satu undang-undang digubal supaya pengasingan dibuat untuk undang-undang berkaitan dengan pendaftaran kelahiran, kematian, pengebumian, perkahwinan dan perceraian. Pada tahun 1895, ianya beroperasi di bawah Majlis Persekutuan.

Rekod-rekod kelahiran dan kematian yang telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia masih lagi dipelihara sejak hampir 150 tahun yang lalu.

Dalam tahun 1948, kad pengenalan pertama telah dikeluarkan semasa waktu darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran). Peraturan-peraturan 1948 telah diperluaskan melalui Ordinan Darurat 1948.

Kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada 2 Ogos 1960.Urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan pada awalnya diletakkan di bawah kerajaan negeri sehingga undang-undang persekutuan dibentuk untuk memberikan perkhidmatan kepada orang awam mengenai perkara-perkara berkaitan pendaftaran. Jabatan Pendaftaran Negara Tanah Melayu telah dibentuk untuk mentadbir akta untuk Parlimen sehingga ke hari ini.


Proses menyalut kad pengenalan lama(tahun 1961)
Orang ramai beratur untuk menukar kad pengenalan kertas  ke kad  pengenalan plastik (tahun 1961)
Sijil warganegara yang pertama kali dikeluarkan oleh (tahun 1964)

Y T M Tunku Abdul Rahman mengambil cap jari untuk permohonan kad pengenlan (tahun 1961)


Kad pengenalan plastik pertama bernombor  0000001 dimiliki oleh Y T M  Tunku  Abdul  Rahman


Contoh kad pengenaln lama sampai baru


Contoh kad pengenalan yang terbaru (tahun 2012) 

No comments:

Post a Comment