Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour . Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin. Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini adalah sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan.
JENIS-JENIS PENYU
Penyu Belimbing
Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.
Penyu Agar
Penyu Agar juga dikenali sebagai “ penyu hijau “ mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.
Penyu Karah / Sisik
Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.
Penyu Lipas
Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah
berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.
KITARAN HIDUP & SIFAT BIOLOGI
KAEDAH PENETASAN TELUR
Penetasan telur penyu secara in-situ. Penetasan cara ini adalah dimana telur-telur penyu dibiarkan didalam sarang yang asal tanpa diganggu , tetapi sarang-sarang ini ditanda bagi tujuan digali sarang tersebut apabila semua telur-telur dalam sarang itu telah menetas. Sarang ini digali untuk mendapatkan maklumat jumlah telur yang menetas dan tidak menetas serta sebab-sebab telur tidak menetas. Daripada kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan didapati kaedah ini adalah yang paling baik kerana telur-telur menetas dalam keadan semuladadi tanpa gangguan kepada telur-telur di dalam sarang.
Penetasan secara ex-situ /kaedah hatcheri Kaedah penetasan ini adalah dimana telur-telur dalam sarang diambil dan ditanamkan semula untuk tujuan penetasan di tempat penetasan yang dibuat oleh manusia. Kaedah penetasan banyak dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kaedah ini dilaksanakan untuk memudahkan pihak Jabatan membuat pemantauan di samping untuk mengelakkan daripada kecurian telur. Kini,tempat penetasan/hatchery tempat penetasan telur penyu cara ini adalah secara terbuka dan tertutup.
Penetasan dalam kotak strofoam Kaedah ini dijalankan dengan cara mengambil telur-telur dari tempat penetasan dan dimasukkan ke dalam kotak strofoam yang diperbuat daripada gabus dan dimasukkan pasir pantai. Kotak strofoam disimpan ditempat yang selamat dan terlindung daripada pancaran matahari dan hujan. Selepas sebulan , telur-telur dalam kotak strofoam ini dipindahkan ke tempat penetasan untuk penetasan. Terdapat juga telur-telur penyu dibiarkan menetas dalam kota strofoam.
No comments:
Post a Comment