Thursday, 5 July 2012

Kaedah Perlaksanaan Hukuman Mati

Bagi negara yang menguatkuasakan hukuman mati, masing-masing mempunyai kaedah dan alasan tersendiri bagi melaksanakan hukuman seperti gantung sampai mati, pancung, kerusi elektrik, tembak, suntika dan gas beracun. Kaedah atau teknik pelaksanaan hukuman mati mempunyai perkaitan dengan perkembangan sains dan perubahan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan tamadun. Walau apa pun teknik yang digunakan, adalah dipercayai semuanya memberi kesan yang pantas untuk mematikan seseorang.


Hukuman Bakar Sampai Mati


Kaedah in popular sebagai langkah deraan dan digunakan dengan meluas bagi kesalahan yang berkaitan dengan mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan orang ramai (hertics), mengamalkan ilmu sihir (witches) dan perempuan yang berprasangka buruk (suspicious women). Hukuman bakar sampai mati kali terakhir telah berlaku di Sepanyol pada tahun 1834.


Roda


Kaedah ini merupakan teknik deraan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Orang yang dihukum akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu yang tajam atau menuruni bukit sehingga orang yang dihukum itu mati. 


'Guillotine'


Kaedah yang digunakan secara meluas semasa revolusi Perancis ini melibatkan penggunaan peralatan pemotong kepala yang menggunakan mata pisau (blade).


Gantung dan 'Garotte'


Kaedah gantung melibatkan pesalah digantung dengan tali untuk mematahkan tengkoknya. Manakala kaedah 'Garotte' merupakan teknik deraan yangpopular mirip kepada hukuman gantung. Peralatan seperti rak atau gelung dimuatkan pada tengkok pesalah, dipulas perlahan-lahan hingga tegang dan menyekat pengaliran darah. Mulut pesalah disumbat ketat dan rantai digunakan untuk mengikat lehernya.


Tembak


Hukuman yang dijalankan secara tembakan akan dilakukan oleh lima orang penembak tepat. Sebahagian dari penembak tersebut akan diisikan senjata mereka dengan peluru kosong. Ini bermakna pembunuh sebenar adalah tidak diketahui.


Gas Beracun


Menerusi kaedah ini banduan akan ditempatkan di dalam bilik yang berkunci dan tiada pengaliran udara. Gas hydrocyanic (asid hidroklorik + potassium cyanide@sodium cyanide) yang dibebaskan akan menyebabkan kemusnahan proses keupayaan badan untuk menghasilkan hemoglobin darah.


Kerusi Elektrik


Hukuman ini dijalankan dengan menggunakan sebuah kerusi yang direka khas dimana banduan akan dekehendaki duduk atas kerusi dan badan serta kepala banduan akan dilekapkan dengan elektrod tembaga yang dihubungkan kepada bekalan elektrik. 


Suntikan (Lethal Injection)


Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan 3 kelas bahan kimia yang berbeza jenis dan kuantiti. Sodium Thiopental akan disuntik dan menyebabkan banduan tidur dengan nyenyak.Selepas itu, Pancuriom Bromide akan disuntik dan menyebabkan banduan berhenti bernafas dan pengsan. Akhir sekali Potassium Chloride akan disuntik dan jantung banduan akan terhenti.

No comments:

Post a Comment