Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam
merupakan salah satu gaya tarian
klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian
yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa
bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang
harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati
ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan. Tarian ini
berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.Secara
tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat :
- Alarippu
- Jatiswaram
- Sabdam
- Varnam
- Padam
- Thillana
Latar
belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam
berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan
dikenali sebagai tarian kebangsaan India . Ini
adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di
candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu.
Tarian ini merupakan gaya tarian
klasik India yang
paling banyak diamalkan di Selatan India . Bharata
Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti.
Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual,
upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan.
Biasanya
perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang termasuk:
- Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang menghilangkan halangan.
- Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan.
- Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan.
- Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta kasih.
- Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.
- Padam – Bahagian persembahan yang paling seksi dimana penari meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih.
- Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari yang menawan.
- Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti.
No comments:
Post a Comment