Saturday, 7 July 2012

Jerawat

Punca -punca jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit.  Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.


Hormon

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

Bakteria

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

Pemakanan

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

Stress

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Alat Solek

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

Matahari

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

Pakaian

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Menara Eiffel





Dibangun dalam rangka pekan Pameran Dunia dan perayaan Revolusi Perancis, menara dengan bendera berkibar di puncaknya diresmikan pada tanggal 31 Maret 1889. Meskipun kecaman dan protes yang keras dari penduduk Paris dan kalangan intelektual selama dibangun, kerangka besi ini menjadi simbol kota Paris dan menarik lebih dari 6 juta pengunjung setiap tahun.










Pemimpin Proyek : Tuan Gustave Eiffel dibantu oleh, antara lain, para insinyur Maurice Koechlin dan Emile Nouguier serta Stephen Sauvestre sebagai arsitek.


Rencana projek dimulai tahun 1884. Meskipun semua halangan di atas, pembanguan menara dimulai pada tahun 1887 dan selesai 26 bulan kemudian pada tahun 1889. Telah direncanakan menara ini akan dirobohkan setelah berlangsungnya pekan Pameran Dunia 1900. Akan tetapi, percobaan berhasil dari transmisi radio yang dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Perancis sebelum hari pemugaran akhirnya menyelamatkan menara Eiffel.









Bahan yang digunakan : Besi baja dikaitkan dalam bentuk persilangan dari 18.038 biji yang diperkuat dengan 2.500.000 paku. Kerangka dari karya Tuan Gustave Eiffel ini tahan angin dan walaupun bahannya dari besi, berat menara hanya 7.300 ton.


Tinggi : Dari tanah sampai tiang bendera, tingginya 312.27 meter pada tahun 1889, sekarang 324 meter dengan antenanya. Saat ini, berbagai perusahaan televisi Perancis memasang antena mereka di puncak Menara Eiffel.


Dimiliki oleh Pemerintah Daerah Paris dan dikelola oleh perusahaan swasta, "Société Nouvelle de l'Exploitation de la Tour Eiffel", kerangka besi ini direnovasi setiap 7 tahun sekali dan dicat dengan 50 ton cat. Renovasinya digarap olah pekerja yang manguasai olah raga alpinis dan akrobatis.


Penerangan : "Gadis Besi" ini diterangi dengan 352 projektor 1.000 watts dan berkedip setiap setengah jam pada malam hari dengan 20.000 bola lampu dan 800 lampu disko.


Supaya membuat menara kelihatannya lebih hidup, 4 lampu laser xenon yang berkekuatan 6.000 watts berputar secara permanen di puncak menara.


Jumlah tangga : 1.665 tangga bagi pengunjung yang senang olah raga. Ada 2 buah lift yang naik ke tingkat dua dimana bisa ditemukan berbagai toko suvenir.


Gua Tempurung



Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. 

Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960. 

Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.









Thursday, 5 July 2012

Kaedah Perlaksanaan Hukuman Mati

Bagi negara yang menguatkuasakan hukuman mati, masing-masing mempunyai kaedah dan alasan tersendiri bagi melaksanakan hukuman seperti gantung sampai mati, pancung, kerusi elektrik, tembak, suntika dan gas beracun. Kaedah atau teknik pelaksanaan hukuman mati mempunyai perkaitan dengan perkembangan sains dan perubahan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan tamadun. Walau apa pun teknik yang digunakan, adalah dipercayai semuanya memberi kesan yang pantas untuk mematikan seseorang.


Hukuman Bakar Sampai Mati


Kaedah in popular sebagai langkah deraan dan digunakan dengan meluas bagi kesalahan yang berkaitan dengan mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan orang ramai (hertics), mengamalkan ilmu sihir (witches) dan perempuan yang berprasangka buruk (suspicious women). Hukuman bakar sampai mati kali terakhir telah berlaku di Sepanyol pada tahun 1834.


Roda


Kaedah ini merupakan teknik deraan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Orang yang dihukum akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu yang tajam atau menuruni bukit sehingga orang yang dihukum itu mati. 


'Guillotine'


Kaedah yang digunakan secara meluas semasa revolusi Perancis ini melibatkan penggunaan peralatan pemotong kepala yang menggunakan mata pisau (blade).


Gantung dan 'Garotte'


Kaedah gantung melibatkan pesalah digantung dengan tali untuk mematahkan tengkoknya. Manakala kaedah 'Garotte' merupakan teknik deraan yangpopular mirip kepada hukuman gantung. Peralatan seperti rak atau gelung dimuatkan pada tengkok pesalah, dipulas perlahan-lahan hingga tegang dan menyekat pengaliran darah. Mulut pesalah disumbat ketat dan rantai digunakan untuk mengikat lehernya.


Tembak


Hukuman yang dijalankan secara tembakan akan dilakukan oleh lima orang penembak tepat. Sebahagian dari penembak tersebut akan diisikan senjata mereka dengan peluru kosong. Ini bermakna pembunuh sebenar adalah tidak diketahui.


Gas Beracun


Menerusi kaedah ini banduan akan ditempatkan di dalam bilik yang berkunci dan tiada pengaliran udara. Gas hydrocyanic (asid hidroklorik + potassium cyanide@sodium cyanide) yang dibebaskan akan menyebabkan kemusnahan proses keupayaan badan untuk menghasilkan hemoglobin darah.


Kerusi Elektrik


Hukuman ini dijalankan dengan menggunakan sebuah kerusi yang direka khas dimana banduan akan dekehendaki duduk atas kerusi dan badan serta kepala banduan akan dilekapkan dengan elektrod tembaga yang dihubungkan kepada bekalan elektrik. 


Suntikan (Lethal Injection)


Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan 3 kelas bahan kimia yang berbeza jenis dan kuantiti. Sodium Thiopental akan disuntik dan menyebabkan banduan tidur dengan nyenyak.Selepas itu, Pancuriom Bromide akan disuntik dan menyebabkan banduan berhenti bernafas dan pengsan. Akhir sekali Potassium Chloride akan disuntik dan jantung banduan akan terhenti.

Penyu

PENGENALAN



Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai  sezaman dengan zaman dinasour . Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin. Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas.  Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies.  Kini ke empat-empat spesies penyu ini adalah sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan.


JENIS-JENIS PENYU



Penyu Belimbing


Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.



Penyu Agar


Penyu Agar juga dikenali sebagai “ penyu hijau “ mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.


Penyu Karah / Sisik


Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.



Penyu Lipas


Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah
berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.


KITARAN HIDUP & SIFAT BIOLOGI


Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu betina akan mengawan dengan penyu jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1 – 3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh. Seekor penyu betina boleh bertelur di antara 4 - 6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8 – 15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2- 8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan penyu betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga. Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas ( 30°C ke atas ) akan menghasilkan anak penyu betina dan suhu sejuk ( 26 – 278°C ) menghasilkan anak penyu jantan.Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman.Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini anak-anak penyu dikatakan mengalami proses “ imprinting ” yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak. Ada ahli Saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu betina atau seekor penyu jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.


KAEDAH PENETASAN TELUR



Penetasan telur penyu secara in-situ. Penetasan cara ini adalah dimana telur-telur penyu dibiarkan didalam sarang yang asal tanpa diganggu , tetapi sarang-sarang ini ditanda bagi tujuan digali sarang tersebut apabila semua telur-telur dalam sarang itu telah menetas. Sarang ini digali untuk mendapatkan maklumat jumlah telur yang menetas dan tidak menetas serta sebab-sebab telur tidak menetas. Daripada kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan didapati kaedah ini adalah yang paling baik kerana telur-telur menetas dalam keadan semuladadi tanpa gangguan kepada telur-telur di dalam sarang.


Penetasan secara ex-situ /kaedah hatcheri Kaedah penetasan ini adalah dimana telur-telur dalam sarang diambil dan ditanamkan semula untuk tujuan penetasan di tempat penetasan yang dibuat oleh manusia. Kaedah penetasan banyak dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kaedah ini dilaksanakan untuk memudahkan pihak Jabatan membuat pemantauan di samping untuk mengelakkan daripada kecurian telur. Kini,tempat penetasan/hatchery tempat penetasan telur penyu cara ini adalah secara terbuka dan tertutup.


Penetasan dalam kotak strofoam Kaedah ini dijalankan dengan cara mengambil telur-telur dari tempat penetasan dan dimasukkan ke dalam kotak strofoam yang diperbuat daripada gabus dan dimasukkan pasir pantai. Kotak strofoam disimpan ditempat yang selamat dan terlindung daripada pancaran matahari dan hujan. Selepas sebulan , telur-telur dalam kotak strofoam ini dipindahkan ke tempat penetasan untuk penetasan. Terdapat juga telur-telur penyu dibiarkan menetas dalam kota strofoam.