Thursday, 31 May 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012



Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena Hari Belia Negara berlangsung di putrajaya selama 5 hari bermula dari 23 mei sampai 27 mei 2012 yang bertemakan "Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok". Pelbagai aktiviti di adakan ditapak karnival yang melibatkan 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1000 persembahan bermula pada hari rabu lagi.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bersama sama mengunjungi ke tapak-tapak karvinal.




Antara aktiviti yang berlangsung selama 5 hari..........................

         

       

          


                    

     








                  



          


      



    


           


  
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) bersama pasukan Stompers dari SMK Bandar Utama Damansara, pada pertandingan cheerleading. - Foto Mohd Yusni Ariffin
ANAK muda aktif yang mengelarkan diri mereka 2Wistkick melakukan aksi


PESERTA antarabangsa dari Indonesia, Supriadi Naiman menaikkan layang-layang sotong sepanjang 120 meter di tapak pameran layang-layang antarabangsa bersempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. - Foto BERNAMA
          





PENUNGGANG BMX, Abdul Hakim Awang Said menunjukkan aksi istimewa sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. - Foto BERNAMA




AKSI menarik acara Skateboard yang dipamerkan belia bersempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. - Foto BERNAMA               LINTAS hormat helikopter selepas Datuk Seri Najib Razak memberi ucapan perasmian Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012. - Foto Mohd Yusni Ariffin               PESERTA Standard Chartered Fun Run memulakan larian sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. - Foto BERNAMA

PENGUNJUNG cuba menganyam gulungan kertas akhbar dan majalah dari bahan buangan untuk dijadikan bakul di gerai pameran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Terdapat pelbagai jenis gerai jualan dan pameran disediakan sepanjang enam kilometer laluan Persiaran Perdana  sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.     NORLIYANA Kamar, 21, dari Kuala Lumpur mencuba menaiki 'cockpit mock-up' pesawat MiG-29N ketika melawat gerai pameran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Tentera Udara Kuantan sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.    







Wednesday, 30 May 2012

Penghujung dramatik

GEMBIRA...Razie (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kemenangan malam tadi.

GEMBIRA...Razie (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kemenangan malam tadi.


PEMAIN hoki negara mencatat keputusan membanggakan apabila menumpaskan naib juara tahun lalu, Pakistan 3-2 malam tadi untuk mencerahkan peluang menamatkan cabaran di kedudukan lebih baik pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012.
Kemenangan itu diperoleh pada hujung babak kedua menerusi Muhammad Razie Abd Rahim, seminit sebelum tamat perlawanan.

Begitupun sebelum itu, 10,000 penonton termasuk Sultan Azlan Shah resah apabila anak buah Tai Beng Hai ketinggalan 0-2 selepas hanya 12 minit saingan berlangsung apabila Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit keempat diikuti gol Shafqat Rasool, lapan minit kemudian.
Begitupun Malaysia bangkit memadam kelebihan lawan melalui Amir Farid Ahmad Fuzi sejurus sebelum rehat diikuti gol penyamaan penjaring terbanyak negara, Faisal Shaari pada m-48 untuk menamatkan kemarau lima tahun gagal menumpaskan juara Asia itu.

Kali terakhir Malaysia menumpaskan Pakistan di kejohanan sama pada 2007 apabila menang 3-2.

“Mereka bermain dengan baik untuk menghasilkan kemenangan ini. Bagaimanapun sekali lagi kita tertekan apabila membenarkan lawan menjaringkan gol mudah.
“Gejala ini perlu dihentikan jika mahu mencapai kejayaan pada baki dua perlawanan,” kata Beng Hai selepas kemenangan itu.

Sementara itu, kapten Malaysia, Mohamad Shukri Mutalib menghadiahkan kemenangan itu kepada penonton di Ipoh yang dianggapnya begitu istimewa kerana tidak berhenti-henti memberikan sokongan padu.
“Penonton di Ipoh begitu luar biasa. Kami menghadiahkan kemenangan ini buat mereka. Selepas ini, kami perlu kembali tumpukan perhatian kepada perlawanan menentang New Zealand, esok ( hari ini),” katanya.

Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 1-2 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejaskan kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan.

Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Gol New Zealand dijaringkan Andy Haward (62).

Argentina turut merakam kemenangan ketiga apabila mengatasi India 3-2 bagi melonjak ke tangga kedua. Enrique Matias Paredes, M Santiago Montelli dan Gonzalo Pelliat menyumbang buat Argentina manakala Sardar Singh dan Ragunath Vokkaliga, menjaringkan gol India.



myMetro | Penghujung dramatik

Thursday, 24 May 2012

GAMBAR  PULAU  PERCUTIAN YANG MENARIK DI MALAYSIA.............


PULAU REDANG




 








PULAU TIOMAN

      









PULAU PANGKOR